GILA laaaa - Afdlin Shauki Mahu Bikin Filem Tanjat Maimon

 

KUALA LUMPUR – Ternyata pertandingan Maharaja Lawak Mega berjaya mempopularkan watak Datin Maimon pada persembahan-persembahan yang dijayakan oleh naib juaranya iaitu kumpulan Boboi yang dianggotai oleh Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik pada tahun lalu.

Justeru, menurut Afdlin ekoran populariti Datin Maimon yang dilakonkannya dalam sketsa-sketsa sewaktu bertanding dalam Maharaja Lawak menyebabkan dia kini sedang dalam persiapan untuk menghasilkan sebuah filem tentang karekter itu yang lucu dan diminati ramai.
“Saya sedang dalam perancangan mahu menerbit dan mengarahkan sebuah filem yang bertajuk Tanjat Maimon iaitu sebuah filem yang berkisar tentang lanjutan watak Datin Maimon yang saya bawakan sewaktu menjayakan Maharaja Lawak Mega dan Lawak Ke Der?

“Watak Datin Maimon itu akan saya kembangkan dalam filem bersama watak Datin Sardin yang juga dilakonkan oleh Harun Salim Bachik dalam Maharaja Lawak Mega dan Lawak Ke Der? Ini adalah projek terbaru yang akan saya lakukan untuk tahun 2012 ini,” ujarnya.

Afdlin menyuarakan hasratnya itu sewaktu ditemui selepas menjayakan persembahan Lawak Ke Der? di Panggung Sari, Istana Budaya, di sini dari 3, 4, 5 dan 10, 11 serta 12 Februari ini dengan tiket-tiket berharga daripada RM53 hingga RM353.
Jelas pengarah, pelakon, pengacara dan penulis skrip ini, bukan setakat Tanjat Maimon, malah watak-watak kanak-kanak seperti Boboi dan Gurgirl yang dilakonkannya sewaktu menyertai Maharaja Lawak Mega juga akan dikembangkannya menerusi filem seterusnya.

“Selain Tanjat Maimon saya juga bercadang untuk mengarahkan filem berjudul Boboi Vs Osbon yang akan menggabungkan kumpulan Osbon yang dianggotai oleh Os dan Abon berdasarkan karekter-karekter yang kami bawakan dalam Maharaja Lawak Mega,” jelasnya lagi.

0 comments: