klik here

GILA sedih - Penyanyi Dan Pelakon Terkenal 70-an, Latiff Ibrahim Meninggal Dunia


sedih apabila dimaklumkan yang penyanyi dan pelakon era 70-an, Latiff Ibrahim telah meninggal dunia di Institut Jantung Negara, di sini pada pukul 5.50 petang tadi akibat komplikasi jantung.
Jenazah beliau akan dibawa ke Taman Keramat, Kuala Lumpur untuk urusan pengkebumian.
Siapa tidak kenal penyanyi ‘bersuara jantan’ yang cukup dikagumi sewaktu era kegemilangannya.

Allahyarham yang berusia 62 tahun ini turut menghidap kencing manis dan paru-paru.
Beliau dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu.
Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.
Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
A-Fatihah