GILA hot - ARTIS KOREA YANG KACAK!!

1:  JANG GEUN SUK
 

Jejaka kelahiran 4 Ogos 1987 ini berada di posisi pertama. Ia mulai mencuri perhatian saat berperanan sebagai Kim Eun-Ho dalam siri ‘Hwang Jin-i’. Tetapi, namanya semakin berkibar dan menjadi bintang idola sejak berperanan sebagai Taekyung seorang rocker di siri ‘You’re Beautiful’ bareng Park Shin Ye.
Jang Geun Suk juga dikenali sebagai artis serba boleh. Bermula dengan kerjayanya sebagai model, kini ia mulai merambah dunia lakonan dan nyanyian. Ia pun berjaya di tiga bidang tersebut. Tawaran demi tawaran terus mendatangi lelaki comel ini. Terkini, dia memegang watak sebagai ahli muzik dalam siri ‘Mary Stayed Out All Night’. Kini, dia sedang bersiap-siap untuk beraksi di filem ‘You’re My Pet’.

2.  WON BIN
 

Siapa yang tidak kenal akan won bin?? lelaki kelahiran 10 November 1977 ini sudah sering muncul di layar kaca dengan aksinya yang bersahaja tetapi menarik perhatian. Dan yang paling mendapat tempat dihati peminat adalah lakonannya bersama Song Hye Kyo di siri yang terkenal iaitu ‘Endless Love’.
Lelaki ini juga bermain dalam filem yang hadir berkat kerjasama antara Korea-Jepun berjudul ‘Friend’. Dalam filem itu, Won Bin bergandingan dengan pelakon terkenal Jepun, Kyoko Fukada. Kini, wajahnya memang belum terlihat membintangi siri Korea lagi. Won Bin sedang menumpukan perhatian untuk go international menembusi perfileman Hollywood.

3.  KIM HYUN JOONG
 

Nama lelaki ini sebelumnya dikenali sebagai pentolan boyband Korea, SS501. Tetapi, lakonannya yang memikat dalam slot drama bersiri ‘Boys Before Flowers’ membuat jejaka kelahiran 6 Jun 1986 ini semakin terkenal. Peranannya sebagai Ji Hoo di siri yang dihasilkan berdasarkan komik Jepun ‘Hana Yori Dango’ ini membuat namanya semakin popular.
Setelah sukses lewat serial yang juga mempopulerkan Lee Min Hoo, Kim Hyun Joong berperanan di siri ‘Playful Kiss’. Ia juga membintangi beberapa iklan.

4. LEE MIN HO
 

Walaupun sempat membintangi beberapa siri, nama Lee Min Ho mulai dikenal publik sejak ia berperanan sebagai Gun Jun Pyo di siri ‘Boys Before Flowers’. Anak bongsu dari dua bersaudara ini kini menjadi artis yang terkenal.
Namanya tak hanya dikenal awam Korea saja tetapi juga di beberapa negara Asia yang lain termasuk di Malaysia. Jejaka kelahiran 22 Jun 1987 ini memang sudah menjadi artis terkenal.Dan namanya semakin popular sejak tampil dalam slot drama seriaL ‘Personal Taste’.
Lakonannya di serial itu membuat kemampuan aksi lelaki yang pernah mengalami kemalangan ini semakin dibualkan. Saat ini ia sedang mempersiapkan diri untuk drama terbarunya ‘City Hunter’. Sama dengan pelakon Korea yang lain, Lee Min Ho juga mempunyai cita-cita untuk go antarabangsa. Dia mula mempersiapkan sejak awal termasuk kursus bahasa Inggeris.

1 comments:

  • Fatin Najihah says:
    1 March 2012 at 10:30

    weee handsomeeee. suke suke! XD